ADAKAH DASAR BARU PERUMAHAN NEGARA AKAN MENGUBAH IKLIM PELABURAN DALAM INDUSTI HARTANAH?

Dasar perumahan baharu diperkenal Disember ini
ZURAIDA KAMARUDDIN (dua dari kiri) mendengar keluhan penghuni PPA1M Pudina, Presint 17, Putrajaya, s
ZURAIDA KAMARUDDIN (dua dari kiri) mendengar keluhan penghuni PPA1M Pudina, Presint 17, Putrajaya, semalam. BERNAMA
21 Julai 2018 3:00 AM

29
PUTRAJAYA 20 Julai – Kerajaan akan memperkenalkan dasar baharu perumahan negara pada Disember ini yang me­rangkumi polisi terkini pemilikan dan kemudahan pembiayaan kediaman.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dasar itu juga bakal merangkumi polisi baharu dalam mengatasi masalah kerenah prosedur pinjaman perumahan yang sering dihadapi orang ramai.

Menurut beliau, pihaknya telah mengadakan perbinca­ngan bersama Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewa­ngan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pihak bank dan persatuan-persatuan pemaju dalam merangka dasar baharu berkenaan.

“Menerusi dasar ini, saya op­timis harga kediaman dapat diturunkan, malah proses­ pembiayaan rumah juga di­per­mudahkan.

“Sudah menjadi hasrat ke­rajaan di bawah Pakatan Ha­rapan untuk menggubal dasar baharu termasuk dalam soal pemilikan kediaman agar mem­buka peluang lebih besar kepada orang ramai membeli rumah,” katanya selepas lawatan ke Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Pudina, Presint 17 di sini hari ini.

Pada masa sama Zuraida memaklumkan, semua syarikat perumahan rakyat seperti PPA1M, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal diletakkan di bawah kementeriannya bermula Ogos ini.

Katanya, pihaknya akan menghantar kertas cadangan berhubung perkara itu kepada mesyuarat Jemaah Kabinet dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, syarikat terlibat berada di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi lain.

“Langkah itu secara tidak langsung dapat menyelaraskan semua projek perumahan rakyat di bawah satu bumbung,” katanya.

Sementara itu, Zuraida menjangkakan harga rumah bakal turun selepas pengenalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula September ini.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan SST akan menyebabkan harga beberapa bahan pembinaan akan lebih rendah, sekali gus menjadikan nilai kediaman lebih murah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dasar-perumahan-baharu-diperkenal-disember-ini-1.713289#ixzz5MS8JESQ4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *