600,000 RUMAH DI TAWARKAN

600,000 rumah ditawarkan

Rumah mampu milik di Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional di PWTC hari ini

KUALA LUMPUR 23 Mac – Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menawarkan lebih 600,000 unit rumah mampu milik untuk dijual sempena Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional mulai esok sehingga 1 April ini di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

ABDUL MUTALIB ALIAS
ABDUL MUTALIB ALIAS

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, jumlah itu meliputi 267,640 unit rumah PR1MA dengan lebih 60 peratus daripadanya bernilai kurang daripada RM300,000 manakala selebihnya dijual pada harga tidak melebihi RM400,000.

“Harga yang ditawarkan adalah sejajar dengan tema ekspo tersebut iaitu ke Arah Sejuta Impian, Alami Gaya Hidup Sejahtera. Setiap rumah yang dijual pula bukan hanya bagi mereka yang mahu menetap di Lembah Klang sebaliknya melibatkan kawasan-kawasan di seluruh negara.

“Ini merupakan ekspo jualan rumah terbesar pernah diadakan dalam negara dengan penyediaan pelbagai produk perumahan yang bersesuaian dengan kumpulan sasar iaitu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena penganjuran Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional yang akan berlangsung selama sembilan hari tersebut di sini hari ini.

Menurut Abdul Mutalib, ekspo tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan melalui pelbagai agensi perumahan dalam usaha menggalakkan pemilikan rumah untuk rakyat meliputi pelbagai tahap pendapatan bagi menjamin masa depan mereka.

 

Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Tambahnya, pelbagai pakej istimewa ditawarkan buat para pengunjung ekspo berkenaan selain banyak aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan.

“Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah termasuk dua unit rumah PR1MA masing-masing di Cheras dan Kajang, sebuah kereta Perodua Myvi, baucar pelancongan dan lain-lain,” katanya.

Abdul Mutalib berharap orang ramai mengambil peluang untuk hadir ke ekspo berkenaan berikutan terdapat juga pelbagai agensi kerajaan seperti institusi perbankan yang memberi khidmat nasihat dalam urusan jual beli rumah berkenaan.

Orang ramai yang mahu mengetahui maklumat lanjut mengenai ekspo tersebut boleh melayari laman web www.pr1ma.my.

Sumber:

https://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/video-600-000-rumah-ditawarkan-1.633797

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
Close