TIADA TANDA “HOUSING BUBBLE” DI MALAYSIA KATA CBRE WTW INTERNATIONAL PROPERTY CONSULTANT

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Pasaran hartanah Malaysia dijangka terus suram tetapi tiada tanda feno­mena gelembung perumahan atau lebih dikenali sebagai housing bubble.

FOO GEE JEN
FOO GEE JEN

Pengarah Urusan CBRE WTW, Foo Gee Jen berkata, gelembung itu tidak akan terjadi kerana pihaknya tidak melihat sebarang jualan panik berlaku di Malaysia.

Malah katanya, di dalam negara ketika ini, tiada peningkatan harga rumah yang melampau atau price overheating.

“Tanda-tanda jualan panik dan rumah yang tidak terjual tersebar luas hanya di lokasi sub ter­tentu seperti di Cyberjaya, yang mana kadar kekosongan biasanya lebih tinggi.

“Harga rumah di tempat lain masih dilihat berada pada tahap munasabah, mengambil contoh daripada segmen kediaman bertanah yang berlegar sekitar 65 hingga 70 peratus,” katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Prospek Pasaran Harta­nah Asia Pasifik – Malaysia CBRE WTW di sini hari ini.

Gelembung perumahan akan menyebabkan pe­ning­katan harga rumah yang didorong oleh permintaan tinggi dan spekulasi.

Menurut Gee Jen, harga rumah juga telah menjadi sederhana kira-kira lima hingga lapan peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu susulan langkah penyejukan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jelas beliau, ia termasuk Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) dan sekatan pemilikan asing.“Saya percaya ini adalah selaras dengan kenaikan gaji se­ba­nyak lima hingga 6.5 peratus dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan data CBRE WTW, pada separuh pertama 2017, transaksi kediaman menurun seba­nyak tujuh peratus pada asas tahun ke tahun, berbanding pe­nurunan 14.5 peratus pada tempoh sama 2016,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/tiada-fenomena-gelembung-perumahan-di-malaysia-1.592181#ixzz569YAhyRB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
Close