UEM Sunrise jual tanahnya di Johor

UEM Sunrise jual tanah RM82 juta di Johor

ANWAR SYAHRIN ABDUL AJIB
ANWAR SYAHRIN ABDUL AJIB

KUALA LUMPUR 21 Dis. – UEM Sunrise Berhad melalui anak syarikatnya, Nusajaya Greens Sdn. Bhd. (NGSB) memasuki perjanjian jual beli (SPA) dengan subsidiari Kimlun Corporation Berhad, Kii Moris Sdn. Bhd. bagi pelupusan tanah di Johor dengan pertim­bangan tunai kira-kira RM82 juta.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, tanah berkeluasan 11.73 hektar itu terletak di Lebuh Kota Iskandar berhampiran kawasan utama Iskandar Puteri.

Menurut beliau, kawasan tersebut mempunyai jaringan jalan raya yang baik kerana berdekatan dengan lebuh raya dan jalan raya utama.

“Stesen projek kereta api laju dijangka terletak di Gerbang Nusajaya iaitu di tengah Iskandar Puteri yang bakal memberikan nilai tambah kepada projek pembangunan di sekitarnya kerana kemudahan infrastruktur yang lengkap dan berkualiti.

“Selain itu, ia juga berhampiran dengan EduCity dan destinasi riadah terkemuka seperti Legoland Resort Malaysia dan Sanrio Hello Kitty Town serta hab kreatif Pinewood Iskandar Malaysia Studios,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anwar menambah sehubungan itu UEM Sunrise mengalu-alukan Kimlun sebagai rakan strategik yang baharu.

Katanya, mereka mempunyai visi yang sama untuk menjadikan Iskandar Puteri sebagai pemba­ngunan bandar bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

“Transaksi SPA ini jelas mencerminkan keyakinan Kimlun dengan Iskandar Puteri.

“Sebagai pemaju utama, kami kekal optimis dengan projek ini dan akan menjalin kerjasama de­ngan lebih ramai pihak pada masa depan,” ujarnya.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/uem-sunrise-jual-tanah-rm82-juta-di-johor-1.577438#ixzz52MJGNIwQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
Close