ELAUN KEKOSONGAN (REMISI) CUKAI PINTU

CUKAI TAKSIRAN (CUKAI PINTU)-ELAUN KEKOSONGAN (REMISI)

Cukai Taksiran atau Cukai Pintu adalah satu cukai yang di kenakan oleh Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah di satu satu daerah di mana hartanah berkaitan terletak. Tujuan cukai di kenakan ialah atas dasar kemudahan kemudahan yang di sediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tersebut seperti khidmat menganggkut sampah dan  kemudahan jalan raya. Secara logik nya adalah adil ia nya dikenakan  kerana kos yang tinggi di perlukan untuk membayar kos kos pelupusan sampah dan pembaikan jalan jalan yang rosak.

Cukai pintu ini perlu di bayar setahun 2 kali iaitu pembayarannya di pecah kan pada 2 penggal setahun. kegagalan membayar cukau pintu boleh mengakibatkan premise berkenaan boleh  di sita oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Di sudut pelaburan hartanah, cukai pintu ini perlu di ambil kira sebagai salah satu kos tetap yang perlu di tolak dari keuntugan ke atas pulangan.  Dalam kes ini  ramai yang tidak sedar bahawa terdapat elaun yang di benarkan  oleh Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya sesebuah pegangan dalam keadaan kosong iaitu tidak boleh di sewakan.

Elaun yang di benarkan  ini di perutukan dalam Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana telah memperuntukan pulangan balik bagi bangunan yang tidak di duduki atau elaun kekosongan.

Walau bagaimanapun untuk mendapat elauan kekosongan atau remisi seperti yang di perukkan dalam  Akta ini, pemilik pegangan berkadar perlulah terlebih dahulu memenuhi syarat syarat yang telah di peruntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Di negeri Selangor buat masa ini telah di beri pengecualian pembayaran cukai pintu kepada pemilik pegangan berstatus Rumah Murah (low cost). Cukai tersebut telah di bayar bagi pihak pemilik pegangan oleh Kerajaan Negeri kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan di daerah masing masing.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *